Monday, April 12, 2010

lagenda

satu ceritabegini kisahnya
seorang perempuan yang boleh melihat
tetapi dia tidak mahu melihat
takut mahu lihat dunia
jadi dia butakan mata
tidak sedikit pun dia menyesal
dia jumpa cahaya
tapi semakin hari semakin malap
dia tahu dia tidak mampu
tapi dia masih gembira
kerana cahaya itu tetap ada walaupun malap
sentiasa jadi petunjuk untuk jalan
satu hari cahaya itu pergi
dia terkapai kapai
tapi ada tongkat mahu sambut
tongkat teman setiap hari
tunggu sama perempuan
sampai cahaya datang lagi
bertahun tahun lamanya
akhirnya perempuan mati
tongkat reput
yang tinggal hanya sebuah kisah
yang tergantung 
takkan terungkai
sehingga masanya

No comments:

Post a Comment