Monday, April 12, 2010

lagenda

satu ceritabegini kisahnya
seorang perempuan yang boleh melihat
tetapi dia tidak mahu melihat
takut mahu lihat dunia
jadi dia butakan mata
tidak sedikit pun dia menyesal
dia jumpa cahaya
tapi semakin hari semakin malap
dia tahu dia tidak mampu
tapi dia masih gembira
kerana cahaya itu tetap ada walaupun malap
sentiasa jadi petunjuk untuk jalan
satu hari cahaya itu pergi
dia terkapai kapai
tapi ada tongkat mahu sambut
tongkat teman setiap hari
tunggu sama perempuan
sampai cahaya datang lagi
bertahun tahun lamanya
akhirnya perempuan mati
tongkat reput
yang tinggal hanya sebuah kisah
yang tergantung 
takkan terungkai
sehingga masanya

baru sampai di blog

berbulan-bulan lamanye aku tidak di sini
mungkin kerana sesuatu
aku tidak menjadi aku
tapi itu yang aku mahu
jadi aku senyap
sekarang waktu ini
aku kembali melakar sebuah cereka
perjalanan untuk mencari diri
dalam diam diam aku rasa satu perasaan
aku rasa bahagia
yang sebenarnya tidak ada apa apa
mahu kata jiwa kosong
aku sendiri pun tidak faham
terima kasih seseorang
biarlah dia tetap menjadi sesuatu itu
sampai dia mahu